Juruteknik Elektrik C-051-2
~Kawalan Motor adalah satu sistem yang terdiri daripada
gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal
pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal
pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
~Mengelakkan motor hidup dengan sendiri apabila berlaku keputusan bekalan elektrik.
~Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup
Bintang-Delta,Penghidup Alatubah-Auto,dan Penghidup Motor Berperintang.
~Mengelakkan motor terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem
yang mengawalnya.
~Menghidupkan motor secara berperingkat.
~Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan kawalan jauh.
>Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran sederhana. Tujuan utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan ketika motor dihidupkan dan membolehkan motor ditukar arah mara dan songsang dengan kawalan punat tekan.
>Maksud ini boleh dicapai dengan menukarkan sambungan belitan stator daripada bentuk bintang () menjadi delta () dan motor itu akan terus berputar dalam sambungan delta. Oleh yang demikian, voltan yang diterima oleh setiap belitan stator pada ketika sambungan bintang ialah 1/3 voltan talian dan voltan ini lebih rendah daripada voltan asal. Arus pada sambungan bintang () dikecilkan sehingga 58%
> Arus bintang () = 58% X (6 hingga 8 kali arus kendalian).
Arus dan dayakilas akan turut berkurangan kerana arus dan dayakilas adalah berkadar terus dengan kuasa dua nisbah voltan.
Arus dan dayakilas akan turut berkurangan kerana arus dan dayakilas adalah berkadar terus dengan kuasa dua nisbah voltan.
>Setelah motor bergerak pada kelajuan 75% daripada kelajuan biasa, sambungan motor itu akan ditukar daripada sambungan bintang kepada sambungan delta dan ini bermakna voltan bekalan akan bertambah dan kelajuan pun turut bertambah.
>Penukaran belitan stator daripada daripada bentuk bintang kepada bentuk delta boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan menggunakan suis kendalian tangan atau menggunakan sesentuh beroperasi secara automatik.
Perlu diingatkan, pemula suis kendalian tangan mestilah mengadakan saling kunci mekanik agar suis pemula tidak boleh diubah kepada kedudukan delta sebelum kedudukan bintang.
>Setelah motor berputar, tangkai suis akan dipegang oleh elektromagnet yang juga berfungsi sebagai pelindung tanpa voltan. Suis akan akan kembali pada kedudukan henti apabila voltan bekalan terputus dan motor tidak akan hidup sendiri selepas bekalan pulih kecuali jika ia dikendalikan semula.
..KEBAIKAN..
..KEBURUKAN..
No comments:
Post a Comment